Sunday 15 September 2013

Kulintangan ( Sabah Traditional Music Instrument )


Kulintangan berasal dari semporna iaitu bajau dan suluk.Asalnya alat muzik ini diperbuat dari besi tembaga.Namun pada masa kini ia diperbuat drpd besi M15,M16 dan besi tangki bagi menggantikan besi tembaga kerana kosnya yang tinggi.Kulintangan dimankan bagi memeriahkan sesuatu majlis dan menghibur tetamu yang datang. Kaum Dusun di Malaysia juga sering menggunakan alat musik tradisional ini. Mereka menggunakan alat musik ini untuk memeriahkan lagi majlis seperti majlis perkahwinan dan untuk menyambut upacara-upacara terbesar seperti  pesta kaamatan.. Alat musik ini akan dimainkan semasa upacara pesta kaamatan berlangsung dan orang ramai akan menari mengikut rentak musik tersebut.
Semasa hari perkahwinan pula, kulintangan akan dimainkan semasa pengantin lelaki dan pengantin perempuan berarak masuk menuju ke jinjang pelamin.
 

Apabila seseorang itu memainkan kulintangan, ia digelar "Mintaggung". "Mintagung" berasal daripada bahasa Dusun. Kulintangan dimainkan menggunakan "pemalu" yang diperbuat daripada sejenis kayu.
 
http://farm9.staticflickr.com/8511/8472644207_7f9a1eafbe_b.jpg
Kayu yang dipegang adalah "pemalu" yang digunakan untuk memainkan kulintangan.

No comments:

Post a Comment